ESEG5033 : PENGGUNAAN PADLET DI DALAM BILIK  DARJAH

Padlet adalah alat ‘halaman/dinding maya’ dalam talian di mana pengguna boleh meluahkan pemikiran mengenai topik pilihan mereka. Ianya seperti sekeping kertas nota, tetapi realitinya hanya di dalam web. Kegunaan laman web ini bagi pengajaran di dalam kelas adalah sangat banyak.

Sebenarnya masih ramai tenaga pengajar yang tidak mengetahui tentang kewujudan Padlet sebagai salah satu medium mengajar yang menarik. Di sini saya kongsikan beberapa idea yang boleh dimulakan dengan Padlet bagi peringkat awal:

1.       Ulasan Buku: Bagi bilik darjah yang membuat pembacaan buku seperti subjek yang saya ajar, iaitu Pendidikan islam. Padlet menawarkan tempat yang hebat untuk para pelajar untuk berkongsi pendapat mereka. Pelajar boleh memuatnaikkan dan berkongsi petikan, bertanya soalan, menghantar video dan banyak lagi. Guru kemudian boleh mengambil halaman yang telah diisi dengan tugasan pelajar dan membentangkannya di dalam kelas untuk mencetuskan perbincangan bersemuka secara berterusan.



2.       Ringkasan Topik: Berguna untuk mana-mana subjek dari Pendidikan Agama Islam, Matematik ke Geografi, Padlet boleh membantu guru merumuskan sejumlah besar maklumat dan membentangkannya dengan cara visual yang menarik. Guru boleh memasukkan teks, foto, graf dan alat pembelajaran lain dan berkongsi imej dengan pelajar sebelum sebelum atau selepas P&P berlangsung.

3.       Kad Ucapan Online: Pernahkah seorang penceramah datang untuk berkongsi pengetahuannya mengenai subjek tertentu? Atau adakah penulis terkenal datang dan mengulas tentang buku terbarunya? Padlet adalah alat yang hebat untuk menghantar nota-nota "terima kasih". Setiap pelajar boleh menghantar mesej ‘terima kasih’ itu secara individu, atau berkumpulan. Anda harus mencubanya kerana platform ini menawarkan banyak reka bentuk yang menarik dan alat lain untuk membuat kad ucapan online.

4.       Papan soalan: Pelajar boleh mengakses papan "soalan" dan menghantar pertanyaan dengan menyertakan nama atau tanpa nama. Guru kemudian dapat membaca dan menjawab soalan-soalan setiap hari.

5.       Pendapat / Forum: Pendidik dapat menyiarkan satu topik atau isu tertentu, dan pelajar boleh berkongsi pendapat mereka mengenai subjek tersebut. Ini adalah satu cara yang baik untuk mengajar untuk mahir menyusun ayat  yang hebat sesuai dengan tugasan subjek tersebut.

6.       Pelajar juga berpeluang untuk "menulis pada ‘sticker note’ atau nota melekit dan meletakkannya di halaman Padlet. Padlet membolehkan nota-nota yang melekit itu mempunyai imej, pautan , video dan boleh didapati dengan praktikal dari mana-mana peranti yang mempunyai line internet.



BAGAIMANA CARA SAYA MEMBUKA AKAUN PADLET DAN MENGGUNAKANNYA?

*     Pergi  ke www.padlet.com.

*     Klik "Daftar" dan daftar jika anda ingin memiliki akaun anda sendiri.

*     Klik "Buat Padlet".

*   Pilih pilihan reka bentuk padlet termasuk tajuk, perihalan, susun atur, kertas dinding, ikon dan lain- lain dan klik "Seterusnya" selepas memilih semuanya mengikut keinginan.

*  Pilih tetapan privasi padlet dan keistimewaan yang ada akses pengguna lain pada padlet saya.. Klik "Seterusnya" setelah selesai.

*  Sekarang klik "Start posting" dan apabila sudah bersedia untuk memulakan. Klik butang "+" atau klik dua kali di mana sahaja di padlet untuk memulakan siaran (post). Saya juga boleh menyeret dan melepaskan fail ke padlet atau tampal dari papan klip.


BAGAIMANA SAYA MENGAPLIKASIKANNYA KEPADA PELAJAR?




Saya telah memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar saya dari Tingkatan 1 Ibnu Rusyd bagi matapelajaran Bahasa Arab. Tugasan tersebut adalah; pelajar perlu membuat lakonan berdurasi kurang dari 10 minit bagi topik-topik berikut:

-          Nombor-nombor (Adad wa Ma’dud)
-          Anggota Badan (al-A’dha’ul Jism)
-          Perkenalan (At-Taaruf)


Lakonan tersebut perlu dibuat secara berkumpulan dan perlu dirakamkan ke dalam bentuk video. Arahan seterusnya ialah, pelajar perlu menghantar video tersebut ke dalam akaun padlet saya. Saya sangat bersyukur kerana pelajar-pelajar ini dapat mengikuti pengajaran saya tentang teknologi Padlet dengan baik. Saya hanya perlu menerangkan tentang penggunaan Padlet dalam beberapa minit, dan mereka boleh melakukannya dengan baik!

       
 .....dan akhirnyaaa...

Keseluruhan pelajar 1 Ibnu Rusyd berjaya menghantar ke dalam Padlet ustazah Ain sebagai perkongsian ilmu kepada yg lain. Tahniah!!!



Apa yang saya dapat simpulkan ialah, penggunaan Padlet di dalam pendidikan memberi impak yang sangat baik kepada para pelajar di zaman abad ke-21 ini. Padlet sememangnya tempat yang bagus untuk mengumpul idea, berkongsi dan mengubah. Ia seperti laman web yang bernafas hidup. Pengguna boleh menambah pautan, video YouTube, fail dan imej ke nota Padlet. Mereka boleh bergerak dan mengaturnya. Moga semakin ramai pendidik yang menggunakan medium ini sebagai salah satu daya penarik kepada pelajar-pelajar agar dapat menguasai pembelajaran dengan baik.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog