ESEG5033 : INOVASI PENGGUNAAN  FACEBOOK UNTUK P&P 
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Ramai yang menganggap facebook hanyalah berperanan sebagai media sosial yang tidak sesuai bagi pembelajaran. Namun begitu, Facebook bukan sekadar cara untuk kita mencari rakan lama atau belajar tentang apa yang berlaku waktu lapang, malah ia juga merupakan alat pembelajaran yang sangat menarik dan luar biasa.


Guru boleh menggunakan Facebook untuk projek kelas, untuk meningkatkan komunikasi bersama pelajar, dan untuk melibatkan pelajar dengan teknologi atas talian. Mari teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana kita boleh menggunakan Facebook di dalam bilik darjah , tidak kira sama ada kita seorang guru, pelajar, pekerja dalam talian, atau penceramah yang dijemput untuk ke kelas.




IDEA PENGGUNAAN FACEBOOK BAGI PROJEK KELAS:




Idea berikut adalah titik permulaan untuk projek kelas yang boleh menggunakan Facebook di dalam kelas:

v  Mengetahui dan mengikuti maklumat mengenai tugasan. Pelajar akan mudah mengikuti perkembangan maklumat yang berkaitan dengan bahan kursus/ tugasan untuk memastikan maklumat semasa mengalir.

v  Perkongsian ulasan buku. Pelajar boleh menghantar ulasan buku mereka kepada guru, pelajar kelas dan pelajar lain untuk dibaca. Sekiranya projek tersebut ingin dirujuk semula, maka pelajar lebih mudah mengakses kertas kerja masing-masing secara dalam talian.

v  Mempelajari bahasa asing. Pelajar yang belajar bahasa asing boleh berhubung dengan pelajar luar negara secara berkumpulan atau individu.

v  Mengikuti perkembangan berita. Pelajar boleh mengikuti berita melalui Facebook pada halaman (Page) facebook seperti World News Now yang menyediakan klip video berita dunia.

v  Buat Kumpulan (Group). Guru boleh membuat kumpulan untuk semua pelajar dalam kelas atau kumpulan belajar dengan subset pelajar yang lebih kecil yang membolehkan perkongsian maklumat dan berkomunikasi dengan mudah. Walaupun berkemungkinan ada pelajar yang tidak hadir, tapi dia masih dapat mengikuti perkembangan mengenai kelasnya di dalam group tersebut.



Saya sangat tertarik dengan penggunaan aplikasi ini dan telah menggunakannya di dalam kelas Tingkatan 1 Ibnu Sina yang terdiri daripada anak-anak golongan B40. Baru-baru ini, saya telah meminta mereka untuk menyelesaikan tugasan membuat video bagi matapelajaran Bahasa Arab. Secara ringkasnya, proses tersebut berlaku seperti di bawah:

1.       Saya (Guru) memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih mana-mana tajuk dari dalam buku untuk diterjemahkan ke dalam lakonan.

2.       Lakonan tersebut perlu direkod ke dalam bentuk video ringkas (tak lebih dari 10 minit). Video tersebut perlu dilakukan di dalam kumpulan.

3.       Video ringkas tersebut perlu dimuatnaik ke dalam Wall Facebook saya (Facebook: Ustazah Hurul Ain).

4.       Pada kelas seterusnya, saya menayangkan perkongsian video-video di Facebook itu kepada semua pelajar kelas 1 Ibnu Sina.




Pada mulanya, pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 Ibnu Sina ini masih lagi belum mengetahui kegunaan aplikasi Facebook dan masih ramai yang belum menguasai cara penggunaannya.Saya menunjukkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pelajar, dan memastikan mereka faham dan boleh melakukannya melalui smartphone masing-masing



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar saya mudah untuk memahami proses memuatnaik video ke facebook.Pada kelas yang seterusnya, saya menayangkan video-video  tersebut dan semua pelajar kelihatan sangat teruja dan bersemangat.

Apa yang saya dapat simpulkan di sini, penggunaan Facebook bagi tujuan pendidikan di sekolah adalah sangat sesuai, menarik dan membantu pelajar untuk lebih maju dalam dunia teknologi. Kepentingannya bukan sahaja bagi orang yang menuntut ilmu, tetapi juga kepada guru, pensyarah, dan semua lapisan masyarakat.



Comments

  1. Penggunaan aplikasi yang xasing bagi generasi kita tapi masih boleh dimanfaatkan untuk generasi pelajar-pelajar ni..boleh try nnti ni

    ReplyDelete
  2. Semoga para pelajar ni daat gunakan facebook dengan bijak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog