ESEG5033 : PENGGUNAAN APLIKASI WHATSAPP BAGI TUJUAN PEMBELAJARAN
Apa itu whatsapp???
WhatsApp adalah alat media sosial untuk
komunikasi dan sangat sesuai untuk guru menggunakannya bagi tujuan berkomunikasi
dengan pelajar. Malah, ia bagus kerana ia memberikan platform yang sama kepada
pelajar dan guru dan mereka boleh membincangkan masalah pada bila-bila masa,
dan di mana-mana mereka berada.
Aplikasi pemesejan yang sangat popular ini, amat mudah dikendalikan
dan mempunyai pelbagai fungsi. Whatsapp kini digunakan di lebih daripada 180
buah negara, dan lebih daripada 50 juta mesej dihantar ke atasnya setiap hari.
Direkodkan bahawa pada Julai 2017, lebih daripada 1.7 bilion orang aktif
menggunakan WhatsApp, menjadikannya rangkaian sosial kedua terbesar di dunia.
Tujuan asas WhatsApp adalah untuk memudahkan
komunikasi, dan pada tahap yang paling asas, pendidikan adalah sesuatu yang
berkaitan komunikasi. WhatsApp boleh menyediakan saluran di mana guru boleh
mencapai komunikasi yang lebih pantas dan lebih lancar dengan pelajar mereka.
Ia juga dapat meningkatkan tahap komunikasi antara pelajar dan mewujudkan satu
lagi tempat pembelajaran selain dari kelas.
Para guru mengatakan ia juga membolehkan mereka
menyelesaikan masalah tanpa hadir secara bersemuka di dalam kelas. Dengan
beberapa kumpulan WhatApp yang mempunyai lebih daripada seratus pelajar, ianya
menjadi platform umum bagi guru untuk menangani keraguan seorang pelajar, yang
berpotensi membantu pelajar lain dalam kumpulan itu juga.
Sebelum ini, jika pelajar berada dalam waktu
cuti sekolah, mereka akan menunggu sehingga mereka mempunyai banyak keraguan
dan kemudian akan datang ke sekolah untuk bertemu dengan guru-guru bagi
bertanyakan keraguan tersebut. Namun dengan adanya WhatsApp, wujudnya kumpulan atas
talian yang kerap ada bersama guru dan pelajar. di mana saja di mana mereka
mempunyai masalah, boleh diselesaikan.
PERANAN WHATSAPP ANTARA
GURU DAN PELAJAR
1. Menggalakkan kerjasama
2. Memperpanjang masa pembelajaran
4. Flip kelas
5. Membina keyakinan (terutama kepada pelajar
yang pemalu)
6. Menjelaskan peraturan atau arahan
7. Memberikan tugasan
8. Memuatnaik petikan, gambar, video, dokumen,
dan pautan.
9. Membaca jawapan pelajar kepada tugasan yang
guru beri.
10.Membuat ujian atas talian, ujian menulis,
bercakap, atau mendengar.
BAGAIMANA UNTUK
MENUBUHKAN KUMPULAN WHATSAPP?
Sangat mudah untuk menubuhkan kumpulan WhatsApp
untuk pelajar anda. Mula-mula anda membuka aplikasi dan pergi ke skrin Sembang
dan tekan butang ‘Kumpulan Baharu’ di bahagian atas. Seterusnya, admin kumpulan
boleh menambah peserta kumpulan dengan memilih atau menaip nama kenalan.
Kemudian anda menambah ikon untuk kumpulan dengan menekan pada kotak foto
kosong. Akhirnya, tambahkan nama untuk kumpulan tersebut.
BAGAIMANA SAYA
MENGGUNAKAN APLIKASI WHATSAPP UNTUK PELAJAR SAYA?
Memandangkan anak-anak didik saya di Maktab
Rendah Sains Mara Bentong ini dibenarkan untuk menggunakan smartphone semasa di
sekolah,dan rata-rata mereka menggunakan aplikasi Whatsapp untuk
berhubung, saya mengambil kesempatan ini
untuk mewujudkan satu kumpulan belajar di dalam WhatsApp yang saya namakan Group Pendidikan Islam & Bahasa Arab Ting.1 Ibnu Sina & 1 Ibnu Rusyd.
Di dalam kumpulan tersebut, saya memasukkan
nombor telefon semua pelajar di dalam kelas tersebut. Hal ini membolehkan
mereka menyertai kumpulan yang telah saya buat. Pelbagai jenis pengajaran yang
saya boleh lakukan untuk pelajar-pelajar saya, sama seperti yang saya senarikan pada tajuk - PERANAN
WHATSAPP ANTARA GURU DAN PELAJAR.
Kesimpulannya, Whatsapp adalah aplikasi media
yang baik dan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding aplikasi yang lain. Namun
begitu, guru –guru di Malaysia masih terhad untuk menggunakannya kerana tidak
semua sekolah di negara ini dibenarkan untuk membawa smartphone dan masalah
talian internet.
Akhir sekali, alat ini tidak boleh menggantikan
prosedur yang lazim di mana pelajar membentangkan kerja mereka di depan rakan
sebaya tetapi ia akan membantu pelajar yang merasa cemas di tempat awam untuk
berehat dan ia juga akan mewujudkan suasana tumpuan yang penting untuk berkesan
mendengar.
Tahniah cikgu suka sya lihat
ReplyDeleteSangat praktikal untuk digunakan memandangkan hampir semua pelajar ada aplikasi ini dalam telefon pintar masing-masing..
ReplyDeleteYeahhh..sangat berguna sebab kebanyakan pelajar memiliki whatsapp ..
ReplyDelete